Monday 18 May 2015

FRUST

assalammualaikum


frust..hari ni hilang mood...dah la hari Isnin..hari ni aku sedar dengan sedikit kelembapan..aku hilang peluang..mungkin Allah nak tunjukkan aku sesuatu dari penyesalan ini..moga moga betul kata hati ini..ada hikmah yang menanti..aku masih berharap..

Punca:
dah 2 minggu xbukak email yahoo..selalu bukak gmail ja..arini macam terlintas nak bukak yahoo plak..ada 85 dalam inbox..check punya check..terpandang sesuatu..email Tawaran Temuduga untuk w27..ok click..email masuk on 6th May 2015..aku dapat interview on 12th May 2015..today is 18th..oh..mulut macam nak sebut macam macam..macam nak tampar diri sendiri pun ada..tarikh dah lepas siot..ada harapan lagi x..dalam hati masih mengharap keajaiban akan berlaku..ok aku call MPSP..sayang seribu kali ka  puluh ribu kali sayang ka xtau nak habaq..interview tu buat sehari sahaja..

Ya Allah..macam nak menangis..tapi sebenarnya air mata memang dah jatuh setitik..exam hari tu beribu ribu orang..sehari ada 4 sesi kalau xsilap aku..exam berlangsung seminggu..interview buat sehari sahaja..confirm aku dapat short listed..then..aku xpergiiii!!! hanya sebab kebodohan diri sendiri xbukak email.kalau aku pergi interview aku xberjaya aku boleh terima kebodohan itu..tapi aku xmencuba langsung..aku ni bukan jenis senang putus asa..berpuluh kali spa panggil interwiew pun aku tetap nak pergi walaupun xberjaya..aku xkisah asalkan aku mencuba yang terbaik untuk hidup aku..aku berusaha..tapi kali ni?

entahlah..mungkin orang lain akan kata xpa..xdak rezeki..tapi dalam hati aku berharap semoga Allah tutupkan rezeki ini untuk aku..mungkin ada rezeki yang lebih besar menanti..kerana Allah tu Maha Pengasih Maha Penyayang..aku yakin Allah lakukan yang terbaik untuk aku..jadikan jugak ini pengajaran suapaya aku lebih alert lepas ni..



Terima Kasih Ya Allah..mungkin ini bukan rezeki yang ditulis untukku..aku masih berharap dimurahkan rezeki untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dari sekarang..setiap perancanganMu pasti ada hikmah.aku yakin..senyum..=)


Friday 15 May 2015

BIRTHDAY HIM

assalammualaikum,

06 April 2015 birthday Omey..hehe..sekarang ni macam geli plak nak sebut dia omey..pada aku dia tetap omey..tapi mungkin sebab dia dah tua kot..haha..dah berganjak 29 tahun..nanti muntohh pulak orang dengar kan..

macam biasa..setiap tahun memang aku beli hadiah untuk dia..tahun ni ingat special kes nak bagi depan depan memandangkan hubungan ni pun nampak ada kemajuan..hahaha..tapi xberjaya wat suprise depan depan jugak..birthday dia Isnin..dia keja..tetap kena post..tu pun aku post lewat sehari..biar la..mesti dia macam tertanya tanya kan..xda hadiah ke tahun ni?? dah xsayang ke?? ececehh..sayang lagi la..tahun ni lagi banyakkk kiter sayang awok dari tahun lepas tau..sebab tu bagi hadiah mahal sikett..hehe

jenuh jugak duk pikiaq nak beli apa kat dia..apa yang dia suka..aku ni bukan alert sangat..aku tengok dia ada pakai beg silang bila keluar..so ingat nak beli la beg silang kickers tu..harga boleh tahan..urm..pikir banyak kali gak nih..kalau jodoh xperla..kalau xjodoh nanti rasa macam rugi pulak..eh tapi doa dia jugak jodoh..hehe..aminn..bila tanya dia nak apa lagi yang dia xdapat..dia cakap nak pakai Honda..hoih..melampau..aku tanya balik..kalau jangka pendek plak teringin apa..macam bila gaji nanti nak beli apa rasa rasa..dia cakap nak beli wallet..sebab wallet dia dah buruk sangat..bertahun tahun dah..sooooo..yes! dapat dah clue..

aku beli wallet je lah..murah sikit kan..hehe..mulanya nak beli wallet Esprit..sebab tengok ada discount..lagi skali pergi discount dah habis..so amik wallet Kickers ja..ajak ct n anas tolong pilih skali..laki ni kan cerewet jugak..satgi tebai sangat nampak tebai pungkoq depa xmau pulak..tambah dia pulak kecik ja.kalau aku lagi banyak poket lagi aku suka..boleh letak macam macam kad..resit jangan cakap la..lagi berlambak..nampak sangat boros..hehe..

hasil terjahan dapat la wallet ni..


hehe..lepas siap ikat baru teringat..lupa amik pic wallet..hahaha..emang dasar lembab betui..malas dah aku nak bukak balik..nanti lepas pukul 3.30 poslaju nak tutup..so hantaq jala macam ni..xda balut balut..letak dalam paper beg parkson pastu pakai plastik poslaju..siap!..lusa baru sampai..jauh jugak kedah dengan penang rupanya..hehe..

Alhamdulillah..dah sampai.dia suka..dia kata kat aku dia ja xpernah bagi hadiah kat aku..syukurrr..sedar jugak...tahun ni dapat lah agaknya..hahahahha..ok bye!

mood : romantik macam dalam romantika =P

Tuesday 12 May 2015

HAPPY MOTHER'S DAY

assalammualaikum,


entri khas untuk ibuku tersayang dan tercinta dan ter......macam macam lagi lah!


walaupun aku tau mak aku xbaca belog aku ni..hehe..nak buat ucapan sikit..tapi sebab xbaca la aku berani nak buat entri ni..kalau memang khas nak bagi mak aku baca aku post fb ja.sebab fb ja mak aku ada.hehe...aku ni pemalu sikit nak luah kaseh sayang sebenarnya..depan mak aku..rock..konon jiwa kental..padahal dalam hati..sembilu jugak..hahhaa..anak tengah ni selalu beralah..bagi chance untuk kakak n adik aku ja manja lebih sikit..anak sulung opkos la manja sebab dari kecik dia yang dibelai lebih lebih kan..n adik aku selaku anak last n satu satunya anak lelaki..anak tengah selalunya berdikari x gituu kawan kawan..





aku dari kecik dulu memang lebih rapat dengan ayah aku dari mak..sebab mak aku garang..ayah aku xpernah marah aku..apa aku nak semua ayah aku bagi..nasib baik aku xjadi sazali..hehehe..ni entri ayah ke mak ni..nanti hari bapa aku wat entri ayah plak k..kompem menangis..sebab ayah aku dah meninggal..so satu satunya harta yang ada sekarang ni mak la kan..i luv u mak.ok sambung story pasal mak lagi..


ini bukan nak puji lebih lebih ke apa tapi mak aku ni memang pandai banyak benda..pandai masak..pandai jahit..pandai gubah-gubah..pandai jugak melawa..mak aku cerita,,dulu masa mula mula kawen dengan ayah aku..memang xreti masak..ayah aku kan mamak..so masakan mesti la semua kow kow punya..mak rajin amik kelas memasak..so belajar la nasi briyani..daging hitam..tapi ayam masak merah memang resepi tok peah (tok belah mak aku)..sampai sekarang dah memang terer masak..haishh..ni memang aku puji..patutla aku gemuk..


lepas kawen mak aku belajar menjahit pulak..mak aku kata anak perempuan ada dua orang..masa tu adik aku xlahir lagi..jadi nanti nak sekolah nak raya pakai banyak duit..jadi mak aku belajar la menjahit sebab boleh jimat..setiap kali nak exam pts/upsr/pmr/spm..mak aku akan jahit baju baru untuk aku n kakak aku..sampai keja sekarang ni pun la..nak interview pun mak aku buat baju baru tau..dulu ada jugak mak aku amik upah jahit baju..dah tua ni mak aku xamik dah..xda mood dia kata..tapi kalau baju sendiri halfday boleh siap..baju orang sampai orang tu pun boleh lupa kain dia corak apa..makan tahun weh..hehe..




mak aku ni keja macam macam..dulu penah jadi cikgu tadika kemas..lepas tu keja kerani pulak..time keja tu berhenti pulak sebab adik aku xmau pi rumah pengasuh..dari pukul 8 sampai pukul 1 tengahari asik berdiri tepi tingkap ja orang mengasuh tu kata..makan minum semua xmau..masa tu dia darjah 1 sekolah petang..jadi mak aku berkorban berhenti kerja la..mak pesan "adik nanti belajar pandai pandai..mak sampai berhenti kerja ni.." mak aku apply kerja klinik dekat rumah..jadi boleh la ulang alik tengok tengok adik aku.


moment paling panik haha..macam lawak pun ada..masa aku kat politeknik psp dulu kan..masa tu sem4..ayah aku meninggal masa aku sem3..aku nak kol mak aku kredit habis..nak buat sos topup pun xleh dah..nak pinjam hempon kawan segan pulak..turun pegi public phone..telefon banyak kali mak aku xjawab..aku dah panik..selamber ja aku lari dengan pakai baju tidoq melintas depan asrama laki sebab nak pakai public phone block sebelah..masa tu malu dah xmalu dah..janji aku dapat cakap dengan mak aku..ayah aku baru meninggal kan..risau sangat tau masa tu..sebab dah rasa kehilangan orang yang aku sayang dengan tiba tiba..berusaha jugak nak cakap dengan mak..rupanya mak aku keluar xbawak phone masa tu..tenang bila dapat dengar suara mak aku..lepas tu baru pk malu balik..harap2 budak laki xperasan pompuan yang berlari pakai baju tidoq ke block sebelah..kihkih..




semoga Allah pinjamkan anugerah ini lebih lama lagi untuk aku..aminn.

Pavlova sempena Hari Ibu 2015 disponsor oleh kakek aku..

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu ibu yang berada di dunia..seburuk mana pun..ibu hanya satu..kalau kena marah ka jangan ambil hati sangat..kalau ibu kita xsayangkan kita xkan la dia besarkan kita..baik picit kita buat cokodok ja dari kecik kan..so marah tu tandanya sayang..ok..walau aku pun kekadang sentap! hehe..buat kawan kawan yang telah kehilangan ibu masing masing..sampaikan doa yang tidak putus kerana ibu kita juga xpernah putus mendoakan untuk kita semasa dia hidup dahulu..cuma kita ja xtahu..=')






Suara Roh Meninggalkan Jasad

copy paste dari sini


Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
 
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, 
aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah S.A.W bertanya lagi: 
 
 
"Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a: "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali.
 
 Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah,"Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W :"Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. 
Maka keluarlah cincin dimasa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari 
kepalanya untuk dimandikan. Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. 

Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut."

Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat,"Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"

Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh:"Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluarga-ku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. 
Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku & kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

kredit: Suara Roh Bila Meninggalkan Jasad oleh Ust Ahmad Ismail terbitan IQRA


Salam Ukhuwah..~