Wednesday 30 April 2014

Innalillah..Terkejut sangat sangat.

salam.
hari ni kena buat dua entri.tadi interview kan.ni lain pulak.
Innalillah hi wa inna ilahirajiun..

tadi masuk opis aku dengar ada orang kata sorang penghulu meninggal dunia.
meninggal mungkin semalam.(selasa)
sebab kemalangan jalan raya.
aku dengar cerita nama daud daud camtu.

aku tgk direktori tadi..
nak pastikan penghulu yang mana satu.
sebab aku selalu jumpak penghulu untuk sahkan sijil adik aku.
malas la nak jumpak bos sendiri.jumpak penghulu senang.
xbanyak tanya.

tadi makcik cleaner lalu kat aku.
dia kata tau x pasal penghulu meninggal.
aku cakap..haah..tau.tapi yang mana satu.
makcik tu kata cuba tengok dalam buku telefon.
dia penghulu bukit gelugor.
whattt!!!!
memang terkejut sangat sangat.
isnin aku baru jumpak penghulu daud tu.
aku xperasan pun sebenarnya nama dia daud.
aku masuk opis dtl masa tu dah nak dekat 1 tengahari..lagi 5 minit kot.
semua penghulu -tiada- -tiada-..
tiba tiba satu bilik terbukak.. -ada-
dia panggil aku masuk..sambil dia cop cop sijil adik aku.
aku ushar bilik.terpandang board "Bukit Gelugor"
tiba tiba makcik cleaner tu gitau dia jaga Bukit Gelugor terus aku..gulpp!
tgk idirektori ada gambar..

sah..memang penghulu ni la yang aku jumpak.
Ya Allah, xsangkanya..
kita memang xtau bila kita akan meninggal kan.
sebab tu la kita diminta sentiasa bersedia dengan kematian.
sebab akan berlaku bila bila masa saja.
semoga arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman.

Pengalaman Temuduga

assalammualaikum..

lama xmenaip rasanya..
minggu lepas sebelum tu aku bz pasal reunion kuarters kilang bijeh
dah settle sibuk pulak sebab pergi singapura
dah balik singapura nak prepare untuk interview pulak..
fuhh..lega..so now semua dah setel.
aku pon xtau nak mula dari mana.
semua benda aku nak tempek dalam belog ni.
yerla..mungkin sekarang xbest.tapi akan jadi kenangan bila dah kerepot nanti kan.




erm..aku mulakan dengan interview dulu.
semalam 29/04/2014 aku menjalani temuduga untuk w27 pen.akauntan
eceh..skema pulak.
aish mustila..nak mintak kerja mesti la skema.
tomboy pon boleh jadi pompuan kan.

aku kena interbiu pukul 11.40 am.
dah la sampai pun cukup cukup time.
aku belasah la parking tepi jalan kat depan komtar ni.
ketek ketek ketek ngan kasut tutup.
haishh..rimasss..aku kalau ikut selesa selipar ja.
aku kan kampung.

sampai bilik temuduga tu aku tengok kosong..ada sorang tengah menunggu.
owh..panel tengah makan rupanya..ok..
rilek skit..aku duduk tepat tepat ngan lubang air cond.
pastu tudung kemek.hahahha..padan muka.
orang kata kalau nak hilangkan nerbes untuk temuduga sembang la ngan orang orang sebelah.
aku pun start terguq..owh..dia berpurdah.
mesti alim ni..tapi aku sempat jugak ushar muka dia kat resume.
ok la..anak mami taman abidin.

lama tau panel makan, sampai pukul 12.
turn aku masuk patutnya 1140, tapi aku masuk 1215 camtu.
so aku dah prepare greet "selamat pagi dato'"
pastu dato' jawab "selamat tengahari saudari"
opss..nampak tak..mula mula lagi dah kantoi.
aku pon cepat cepat la "mintak maaf dato', selamat tengahari"
hahahah..aku rasa mungkin panel saja ni..dia kan masuk lepas pukul 12.
so dia saja la nak tengok kita alert atau tak.
sebab aku pernah baca pengalaman orang interview dengan dato' segarajah ni.
masuk masuk pon dia kena cam tu..selamat tengahari.

Dato' Segarajah ni Timbalan SPA.
memang rasa profesional betul la dia interview.
dia dah prepare lampiran permohonan kita yang dah print out, lepas tu depan dia ada laptop tentang permohonan jawatan kita dengan spa, n dia pegang kita punya resume tu.
sebelum ni aku pergi interview xpernah pulak macam ni.
Dato' akan tengok resume dan xmintak perkenalkan diri pun.betul jugak tu kan.memang kita dah prepare tentang perkenalkan diri.dia xnak tau yang xpenting tu semua..ya la..nak interbiu beratus orang kan..
memula Dato' terus tanya."U berasal dari Pulau Pinang?" 
Ya saya berasal dari Pulau Pinang.
camtu dah cukup.
kalau aku cakap lebih dia akan aangkat tangan isyarat suruh kita stop bla bla bla.
Dato' just nak tahu apa yang dia nak tanya ja.muka dia nampak serius tapi ok.
aku xrasa kekok pun semalam.aku rasa macam santai ja.

soalan Dato' semalam, "kenapa U gagal dalam interview sebelum ni?"
kalau ikutkan mana la aku tau kan kenapa aku gagal.dorang yang bagi gagal.kalau ikutkan aku rasanya semua aku jawab ok..semua perfect.hahhaha..tapi dalam temuduga kita xboleh nak salahkan ahli panel.kita yang sepatutnya bersalah kalau kita gagal.
aku pun jawab la "mungkin saya xbuat persediaan yang cukup untuk perakaunan akruan"
walaupun aku rasa dah cukup..huhu..dia kata memang betul.
sekarang jawatan penolong akauntan yang diperlukan memang untuk perubahan akaun akruan.
pastu Dato' tanya pasal akaun akruan..lepas aku bagi jawapan dia terangkan..n aku sambut sambut balik la cakap dia..macam bagi respon la kan..kita xleh duk diam ja..mesti cakap ok ok..ya..ya..

ada jugak soalan yang aku xleh jawab..pasal apa ntah..
aku xtau pun jawapan dia sebenarnya..tapi Dato' kata "U dah tahu jawapan dia..U dah sebut tadi"
aku pun eh..jawpan yang mana satu ni kan..hahhaha..terus aku wat muka macam tau.
.macam nak recall balik apa aku cakap tadi..
hahhaha..lastly Dato' kata, "untuk penolong akauntan ni kita memang nak orang yang tahu 100% dalam akaun akruan, bukan setakat 100% tapi lebih baik kalau 110%, sebab lepas ni semua penolong akauntan akan ditempatkan di setiap jabatan dan akan jadi pembantu bagi akauntan untuk ajar semua pembantu akauntan dalam perubahan kepada akaun akruan."
gulp..telan ayaq liuq aku dengaq..erm..

aku pun xtau la berjaya atau tak.
redha ja..kalau ada rezeki ada la..
kalau x masih menapak la aku kat sini sebagai "S"

untuk semua yang akan melalui interview penolong akauntan ni.
banyak banyak la study pasal akaun akruan ok.

tu jela..nak makan kek lapis sarawak ni..
ada member opis bagi.
as salam..

Thursday 17 April 2014

semalam..mata rabak..

yes..semalam mata rabak sangat.
masa tengah meeting pasal reunion kilang bijeh kat umah teacher (makcik remelah) pun xtau malu aku...selamba ja terlentuk ayu kat kusyen umah orang...padahal orang lain semua tengah pom pang pom pang..ahh..dah mengantuk gila babeng..ada aku kisah..nasib baik xberbunyi tidoq..aku masih kontrol kontrol la..sebab tidur pun sambil duduk..kalau aku baring memang nahas la..krohh krohh..

sabtu ni reunion kilang bijeh..kalau arwah bapak aku ada lagi kan best..yerla, family aku kat situ pon sebab arwah bapak aku keja situ. duduk kuarters..bestnya zaman duduk kuarters dulu..pengalaman camni hanya orang yang pernah duduk kuarters ja tau..kalau kita cerita pon orang xfaham..bukan macam duduk flat biasa..bukan macam duduk umah taman..x..semua xsama..kami semua macam family..mak bapak nak lepas anak main pun xtakut..sebab semua tau, jiran jiran mesti akan tolong tengok tengokkan anak depa....aku pon selalu kena tinggal kat umah orang kalau mak aku nak pergi market..susah la nak heret aku..nak heret ikan lagi..mak aku dah la selimmm sangat dulu..tapi anak bulat bulat..erm..tu macam cikai punya memory duduk kuarters la..banyak lagi sebenarnya..tapi nanti la..kalau tempek gambaq with captions lagi best bercerita...

oh..esok cuti..nak kena amik passport.. nak pergi singapore kan..yahuuuuuuuuuuu..beg pon xsiap lagi..kalau nak siap pon macam eh..nak siap apa..baju jalan pon xberapa banyak..boleh kira jela..selalu keluar aku pakai t shirt ja kan..haa..padan muka..xkisah la..biar papeeyyy..asal bergayeyyy..hahahaha..kasut pon xda nya aku beli kasut baru..orang kata bila jalan ni pakai kasut sport senang..so recycle balik la kasut free masa sukan kat kelantan dulu..ok jugak..kaler pepel lagi..rasa ribena sangat..

semalam kan aku ada post between s5 n note3..memang hati ni nakkkk sangatttt hempon baruu..nak pinjam duit kat mak..pastu mak aku tanya..berapa ratus hang nak pinjam beli hempon tu...opppppppp!!! ratus???? ribuuuuuu kot..duk nampak dah..macam xboleh dapat ja..so pandai pandai la aku kecek anas or kawan kawan yang len masa kat singapore nanti..aku xda camera wei...hampa siap monopodped semua..waaaaaa...its unfair.. =( 

Wednesday 16 April 2014

Yang Mana Satu..


Samsung Galaxy S5 vs Samsung Galaxy Note 3


hurm..mana satu nak pilih ni..semalam rasa macam nk beli note 3 sangat sangat..
hari ni survey lagi, terpaut pulak S5..kalau nak S5 tapi belakang nak cover note3 boleh..?

handphone pun bukannya sekupang dua..kena la buat decision yang xmenyesal nanti kan.
xmau la jadi macam kes blackberry aku..lastly ending duk dalam laci ja..padahal boleh guna.xrosak pun.
tapi screen kecik sangat.xpuas..dah la aku ni rabun.

note 3 screen besaq tapi S5 lagi clear..16megapix
tapi S5 pakai android kit kat..masih dalam tetsimoni kan

pening!

Tuesday 15 April 2014

Nasi Goreng Tapis..

hye,salam.

bengang aku hari ni..rasa macam nak jeling jeling semua orang...nak tunjuk kan rasa xpuas ati..
geram kat seseorang yang bagi msg pagi tadi..grrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!

lupakanlah pesakit jiwa yang aku maksudkan tu..anyway, pagi ni mood aku baik tau sebenarnya..aku bangun pukul 5 pagi..tu pon sebab terpaksa..aku xsembahyang isyak lagi...siap berry pagi pagi buta pastu sambung subuh terus mandi..dah alang alang bersiap awal ada pulak mood nak main masak masak..tengok dalam kuali ada sardin malam semalam lagi seketoi..ok setel..potong cabai melaka then buat nasi goreng sardin..wah..sedap okeh..tapi yang best aku bubuh minyak berlambak..berkilat nasi goreng aku..lepas dah goreng aku tapis pulak nasi goreng atas penapis santan..bagi turun minyak minyak tu.hahahahha..ada hati nak kawin..nasi goreng pun kena tapis..! (malu tutup muka)





semalam omey bagi gambaq..eh silap..ahad dah bagi..tapi aku kan internet dah kena potong..selalu ada masalah kewangan..hahahah..so kelmarin petang terlajak teman ct kat old town tumpang la wiFi..amboi abang..gambaq ketoi ketoi body..nyam nyam..bernafsu yayang tengok tau..hahhahaha...ops.....bila aku puji dia asik kata.."abg ni penyakit.." "muka abg pun macam penyakit.." hehe..sian dia..semalam dia balik keja awai..kena panas xtahan pening..dia kata terima kasih sebab aku bagi buku 101 Hadits Pengubatan Cara Rasulullah..so dengan buku tu dia positif la..penyakit tu dari Allah..xdak la duk merungut rungut sangat..sebelum ni"abang sakit la.." "abg nak mati la.." aku dengaq yang pening kepala..lau dia mati naya aku..mana nak cari boipren..hehe..dia asik puji buku tu..best gila kan bila kita bagi hadiah kat orang n orang menghargai..tambahan pulak orang yang kita sayang..terus rasa nak meleleh leleh aku ni..hahahha..yang tu pon nak jiwang..poyo gila..




nak review Note 3 plak..babai..


Wednesday 9 April 2014

Tuesday 8 April 2014

Temuduga..



dulu aku pernah kena interview dengan YBhg. Dato' Mhd. Najri Abd Hamid

kali ni penemuduga lagi atas.. dengan YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam

aduhai..timbalan kot..lagi extreme la nampaknya..mintak mintak murah rezeki.amin..
sudah ampat kali woo...

Apa ada pada nama..

macam macam berguna ngan nama ni.
kalau xtau nama susah la..
xkan nak woi woi ja..biadap sangat tu..

semua orang mesti ada nama gelaran masing masing kan.
hehe..same la kite.
aku pun ada..macam macam sangat nama.
nama penuh noryda..tapi lau orang biasa aku suh panggil ida ja.
mak aku kadang kadang panggil nori..euww..
penah skali tu member skolah aku kol.
mak aku jerit 'noriiiiiiiiiii'....pastu member aku cita kat member sekolah yang lain.
mak aku paggil aku "lori.." pffftttt...xsuka tau.

time kecik kecik masa duduk kuarters kilang bijih dulu,
ada sorang makcik ni..gemukkkk sangat.tapi dah arwah la.
nama dia kak pah..so kakak aku pun panggil aku kak pah..
hahhaha..siouw lu jie..(jie = kakak aku)
dia kata aku gemuk macam kak pah tu..
mana adaaaa....kak pah tu gemuk sampai mati ok..

kalau dengan orang yang aku xkenal rapat sangat aku suruh panggil ja nama penuh aku.
ala nama pun ciput ja..6 hurup..
tu pon tambah dengan nor..so nama aku ida ja???
wow..senang nya kerja mak aku..xpayah pikir teruk teruk..
mak aku cerita asal usulnya nama aku ni,
dulu ada jiran kat kuarters tu..nama dia kak ida..
lemah lembut tdung labuh..sopan sangat sangat la.
pastu mak aku berkenan sangat..tu yang letak nama aku ida.
tapi bila dah keluaq..hurm..sopannnnn lah sangat kan.
hahahhaha..kalau aku gelak pun 10meter boleh dengaq.

masa sekolah menengah kan aku sekolah teknik kat perak.
masa tu xbanyak budak penang..ada la kot sesat sesat 2 3 orang.
tu pun area seberang..aku sorang ja yang duduk area pulau..
dengan kulit kaler koko ni makin kuat la nampak kepenangan aku..
semua senior sepakat panggil aku penang..hehehe..
sampai cikgu kat sekolah pun panggil aku penang..
dah lama lama makin shotpom pulak.tinggal neng ja..amboi3
dah macam mak indon aku ampa punya kerja kan..
sampai sekarang lekat lah nama "neng" tu..
kalau sebut noryda orang xkenai.kalau sebut neng baru depa ingat.
ntah pa ha pa kan..hehe

lau zaman budak sekarang nama bukan main lagi..
semua nak up..mat saleh ja..
cuba tengok kat kampung..nama dah la asli..pastu gelaran pun haish..
berayaq mata aku dengaq..xtahan gelak.

contoh nama pelik kat kampung aku:

Mah Radio - xtau kenapa
Yah Donat - juai donat
Hassan Hidung
Mat Ghabit - mulut dia ghabit
Chen Depu (tok wan aku) - depu??
Mat 6 kupang
Man Korangajaq
Din Ghenyih - memang suka ghenyih..tapi gigi xdak

hahahahha..xmau tulis dah..tapi bila aku dengaq mak aku ngan makcik makcik aku bersembang memang sakit perut la gelak..sempoi sempoi semua..tapi hat tu buat orang senang kenai tu kan kan..


Wednesday 2 April 2014

Zaidi's Wedding

cak pong cak pong!!
ermm..xingat bape haribulan..tapi bulan 3 aritu la..
aku pergi kenduri zaidi..
zaidi ni member opis merangkap member time pesta skali.
dah kawen dah dia walaupun muda setahun dari aku..
cepat jodoh dia kan.alhamdulillah...aku??
=(

kenduri buat kat Hutton Lane, Penang.
makan serentak 12 tengahari.
so pepaham la kan..kalau makan serentak tu takkan la nak berangkut satu kampung.
aku pergi sorang jala.
pegi dengan bujangan's siti n anas.naik prebey anas.hihi.
bukan naik saja okehhhh..kena jadi drebar skali.
haish,nasib baik la ampa pun lambat jodoh gak..
kalau x sapa la nak teman aku.



Selamat Pengantin Baru Zaidi n Wawa..
Semoga bahagia hingga syurga.
dan Semoga aku pun dapat cecepat kawen jugak..aminn..hihihihi

cantik kan baju kaler biru tu..nampak naik bila match ngan kelabu.
amboi pengantin laki..ada bantai jugak..
kaber perut la tu..


lauk kenduri..
yang daging masak itam tu sedapp..bertambah aku.
tapi kalau dapat makan dengan tangan lagi very puas kot.
aku makan dengan camca sebab malas nak bangun.
emang dasar..beratpungkoq..hahahhahaha



nie la dua bujangan's yang setia menemani aku..
sehingga diri ini tidak berasa kesepian..
mintak mintak la jodoh ampa lepas aku.hahahaha.
ampun dan maaf dipinta..



nak berkenalan??
no tepon..012....malam nanti wat supersavers k!
hehhehe.



ye ye seronok..
boleh crop body kat belakang anas..



eh..cik capiya pon ada..
hehe..aku bawak capiya ronda ronda sebab dengar pengumuman..
ada candy booth..pastu cari xjumpak.hahahha
aku yang kalut dari capiya..pehal..



gift dari pengantin..
dengar cerita beli kat bandung..amboi..jauhnyaa..



sebab jauh kita hias kat meja..
aku kan suka menghargai rakan rakan..huhu
rakan rakan pun jangan lupa hargai aku..
ops..omey skali..hahhahaha
semua skali lah senang..!

=)

Kesiannnn dierrrr...

duduk buat kerja..tiba tiba tersandaq sat..
nampak makcik cleaner lalu..
baru sudah sapu dan mop lantai.
tiba tiba terdetik kat hati aku
Ya Allah..alhamdulillah.aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
kerja duduk atas kerusi.sampai melebar lebar pungkoq..
bersyukur.kalau aku sakit aku masih boleh kerja dalam keadaan duduk.
bayangkan kalau makcik tu yang sakit.
masih terpaksa berdiri dan berjalan kesana kemari demi nak cari rezeki.

hari tu aku tunggu lift masa lunch time.
nampak makcik tu pegang helmet.
aku teguq la, dia kata nak kena balik rumah.
nak bawak anak pergi klinik.anak dia sakit.
bayangkan kalau mak kita yang macam tu.
datang kerja cuci cuci semua.panas panas tengahari keluar naik motor.
satgi petang masuk kerja balik.dengan kederat tua..
kesian kan..kesiannn..die..

sebab tula jangan la kita hina orang sesuka hati kan.(ampa xleh, aku xpa)
ada sesetengah orang suka macam eii geli geli la tengok orang tua.
kalau tengok drama hina orang tua pun boleh buat aku mebara sorang sorang.
aku selalu bayang kalau orang tua tu mak aku atau ayah aku.
then orang lain buat kurang ajar..eii..kecik besarrr ja aku tengok..

erm..kenapa emosenel plak ni..
jangan mentetek menetek ayaq mata sudaa.
ok ok..repair mood.

minggu ni birthday omey ucuk..
tahun lepas aku bagi tali pinggang.
itu tanda gua ikat luk...hahhaha
tahun ni ingat nak bagi buku kot..
buku kesihatan.ok x? ok x?
ok la tu..dia pun bukan pernah bagi apa kat aku..
cuma kaseh sayam..hukhukhuk.
sedih tau.

omey ni jenis yang particular sikit kalau bab kesihatan.
memang dia terrrrlalu berjaga jaga..
kalau sembang topik makanan kesihatan tu boleh tengok la dia taip mesej penuh 1 sms page tu.
yang xjaga kesihatan ni aku..well..
orang demok kira apa..pantang jumpak makanan..
tu yang sampai cirit seminggu.

harap harap omey suka la dengan hadiah aku nanti.
mungkin ada orang pikir..macam membazir kan.sebab dia xpernah bagi apa pun kat aku..
asik aku ja membagi.erm..xntahla..aku bagi pun bukan benda mahal.
takat keikhlasan duit aku yang nyawa nyawa ikan ni ja.hihii..
yang pastinya duit hijau terang tu sekeping takkan habis la.
hehe..selalu aku cakap kat omey.."awakk..kesian x kat saya??"omey- "haah..kesiannnn die..."

xpa la..nanti kalau aku kawen ngan dia aku totalkan balik pastu plus plus dalam duit hantaran.
haaa..omey ucuk lu mau gua ka xmau..
kalau mau kasi angguk you punya kapla..
kahkahkah..jangan nak mengelak..aritu kata mau kan..

eii..dahla..macam gila pulak aku menaip arini..
sudah twelve thirty..nak bubuh bedak sikit.bagi gebu gebu..
kakton comey tak!!!
babai...