Monday 31 March 2014

Sakit Perut Seminggu



Assalammualaikum.
minggu lepas sakit perut sangat sangat.
macam dah nak mati je rasa.
makan apa semua keluar balik.
aku rasa macam badan aku dah xboleh nak terima makanan.
kadang kadang aku terfikir.orang nak mati kan selalu berak berak.so mungkin aku nak mati.
sebab tu aku cucikan dulu benda benda dalam badan aku.
sebab pengalaman aku tengok tok n sedara sedara nak mati semua macam tu.

hari senin lepas aku datang keja.tapi dah xboleh nak makan.kejap kejap menyucukkk ja perut ni.
pagi tu aku brekpes burger beli malam semalam.aku rasa maybe burger tu dah xelok.
ok la, ingatkan sakit sikit sikit ja.selalu kalau lepas buang 2 3 kali ok kot.
tapi lepas balik keja malam seni tu lagi teruk.sampai semilan kali aku cirit birit.

selasa pergi klinik kesihatan.klinik singgit...
rasa ok sikit.cuma kentot kentot.
tapi bahagia xselamanya.petang tu cirit cirit lagi.

rabu amik mc kat kelinik swasta pulak.
doktor cakap kalau esok (khamis) xok jugak aku kena pergi amik darah.
sebab demam denggi boleh datang even xmuntah, xdemam sekalipun.
dia cek tangan aku xda bintik bintik pun.selamat.

hari khamis pukul 5 sampai 8 pagi 5 kali cirit.xboleh nak tang kerja lagi.
aku pergi balik klinik kesihatan.nak amik darah macam doktor swasta tu suruh.
sampai klinik kena wat stool urine n amik pressure.
semua ok.aku dapat time slip sampai pukul 8 sampai 11 pagi.
aku pun xtau kenapa xdapat mc.padahal aku sakit perut lagi.
mungkin waktu tu ada pegawai kesihatan datang cek klinik.n ramai staf kena marah.
doktor muda tu macam dah tergagap gagap.so aku yang sakit pun skali kena tempias xdapat mc.hurmm..
ada jugak orang xpercaya konon konon aku buat sakit la kot.
xpa..xkisah.Allah knows everything.. 1 hari nanti hang rasa plak ok..amin..

hari jumaat aku datang opis.walau dalam keterpaksaan.
cirit birit still xhenti.lunch yang panjang aku tidoq ja.
xmengantuk tapi letih sangat.nak jalan nak drive pun xlarat.
malam tu aku balik makan nasi putih kosong.
lepas tu semua keluaq balik.pukul 12 tengah malam sampai muntah muntah.
terus mak aku bawak pergi hospital..GH okeh..berejam tunggu.
hari jumaat 15x aku cirit birit.toilet hospital pun aku xtakut dah nak serbu pukul 1 pagi.
kena ambik darah n masuk air sebotol kemudian doktor cucuk antibiotik masuk dekat tangan.
sampai pukul 4 pagi dekat hospital.alhamdulillah.baru rasa ok sikit.

aku try jugak ubat tradisional.

air kelapa/ ayaq nyoq
3 biji aku minum.memang rasa ok sangat sangat lepas minum ayaq nyok ni.tapi minum air dia ja tau.jangan makan isi.

tembikai
walaupun selalu aku gatai keronkong kalau makan tembikai merah ni.sebab dah tahan ngan cirit tu aku gagah makan jugak.orang tua tua kata elok.boleh stop serta merta.

pucuk jambu.
pokok jambu tau x? ha..amik la pucuk daun dia tu pastu just kunyah kunyah macam makan chewing gum.rasa dia kelat tapi ok la.xteruk pun.sebab rasa macam gigit kulit jambu batu..xbusuk pun.



alhamdulillah hari ni aku dah ok banyak sikit.tapi aku xberani lagi la nak makan benda pedas pedas.
makanan kat temat kotor pun aku xberani.sebelum makan jangan lupa basuh tangan ok.n kalau xda kerja tu tangan jauhkanla dari arae mulut.tangan tu kan pegang macam macam.sekali kuman tu masuk usus memang jenuh la nak baik dari cirit birit ni.serik!


omey pun masuk wad.kesian kat dia.semoga omey sayang cepat sembuh dan Allah jauhkan omey dari penyakit merbahaya.semua ni ada hikmah.sehati sejiwa sangat kita kan yayang..sakit pun sama sama.harap harap omey xgatai ngan nurse nurse kat sana.dia kata xpa..nurse nurse tu boleh jaga dia untuk aku..banyak cantek..lagi susah hati aku dengaq tau x.aku lapaq.bye.

Monday 24 March 2014

Ambik Result SPM Adik..

tahniah untuk semua calon spm 2013 yang berjaya dapat keputusan cemerlang.
terutama sekali untuk adik aku Zulhusni.



dah setahun keta aku xbeservis.
takut pulak nak bawak pegi gopeng.dah la aku drive sorang sorang.
buatnya tersangkut dalam terowong naya.
terpaksa jugak la servis walaupun duit gaji bulan ni untuk bajet nak pergi singapore.
dah nampak dah..pergi singapore nanti pinjam duit mak aku.hahhaha



macam macam kena komplen.
paip nak pecah la.kena lagi RM250.aku cakap "xmau.wa xcukup duit.belum gaji."
total duit terbang RM253.mahai betoi.tukaq minyak enjin ja pon.lepas ni kena cari tempat servis baru.
kedai tu dah cekik darah semenjak tokey dia balik holiday bulan lepas.duit dah abih mula la nak cekik customer.phuih..



mak orang yang paling excited nak pi amik result adik.iron baju dari malam.pastu pagi pagi on semua lampu dalam rumah.suh cepat bangun.huhu.sampai sekolah pun mak orang pertama masuk dewan.



masa ni tengah tunggu turn nak ambik.mak aku duduk depan sekali.aku letak tangan kat dada adik.tudia aih.memang rasa denyutan kuta.dia kan kuruih.lagi senang la nak rasa.adik sakit mata.tapi dalam dewan xpakai la spec itam dia.mak kata xpayah pakai.nanti orang kata berlagak.hihi. dua dua muka xleh nak senyum dah ni..adik aku duk kata."adik rasa 5/6 A camtu ja la"



  Cikgu kelas adik aku (tudung merah) 5 RAZI

dah sampai turn kami.ada 3 kerusi kan.mak aku duduk betul betul depan cikgu tu.pastu siap tolak tolak aku 
"hang pi duk sana" hahhaha..mak aku lak yang semangat lebih..

so keputusannya.
























alhamdulillah.9A2B
mak aku dah menitik ayaq mata dah.aku ok lagi.macam duk tercangak cangak terpandang B tu kan.
pastu adik aku panggil "Kak Ida..." eh baru sedar..pastu tengok dia meleleh aku pun meleleh jugak.
cikgu dia kata sayang la.miss 2 subjek.dah B+ dah..kalau x straight A.
mak aku kata xpala.dah rezeki dia takat situ. bagi aku ok la kot 9A.kalau sekolah biasa kira straight jugak kan.sebab dia amik 11..aku dulu pun amik 11 subjek.tapi macam macam alphabet ada.hahahaha.



majoriti dapat 7A ke atas.semua muka happy ja kan..bestnya..


mak dengan makcik dengan hati yang dah tenang.. mak duk ulang ayat kat makcik "lega rasa dah ambik keputusan..jantung aku macam nak terkeluaq tadi"huhu..



wajah straight A..pandainyer...


ei..xsuka gambaq ni..nampak gemokkk..tapi dah sekeping ni ja ada ramai2 letak jugak la..



mak with her kesayangan..anak laki sorang ni..



tahniah adik!!..lepas ni masuk U plak..



orang menyebok tumpang sekaki..hahahhaha...paling best ada 2 3 orang makcik duk tanya aku.." dapat berapa?" hehe..aku jawab "x..adik punya" wehuuu..nampak sangat kemudaan ku ini kan..

jom outdoor photoshoot plak..







adik awat x tuck in baju..belemoih..


tengah tengah bangunan sekolah..cantik kan..







lepas balik sekolah dalam pukul 2.30 camtu masuk ipoh.singgah makan Laksa kat POLO..teringat zaman duduk PUO dulu..lepas tu singgah pulak rumah makjang n rumah auntie bedah.anak dia nak kenduri.dia sponsor kain untuk mak ngan bapak aku..



=)


Wednesday 19 March 2014

mh370..MUSIBAH DAN HIKMAH

semenjak hilang MH370 ni  selalu aku tengok awani.
kalau dulu ermh..rasa cam buang masa pulak tengok berita 24jam.
tapi bila xnak ketinggalan pasai kapai terbang tu.layannn

bila ingat nasib penumpang tu aku selalu bayang kalau aku yang duduk kat situ.

kalau betul dirampas.mesti nasib macam dalam tahanan kan.
makan minum semua aku xkisah sangat.
kalau nak berry tu..kalau kita hidup selesa kat rumah ni xpala.
nak berry pergi toilet.kalau depa?
lagi satu kalau pompuan pompuan tu piyed.haaa
nak lapik apa.dalam emergency mana nak cari pad.
kalau ada pad pun nak basuh camana.
ish..kesian la.semoga depa semua cepat dapat kembali balik.
yang baby semua tu.kalau kita yang manusia dah besaq panjang ni pun nak hidup xselesa apatah lagi baby kan.baby kan nak kena penjagaan rapi.

hari tu semenjak hilang rakyat malaysia bersatu buat solat hajat dan solat istisqa'.
alhamdulillah. Allah dah bagi hujan kat kita.
Allah jugak dah bagi petunjuk terbaru yang pesawat tu xtenggelam sebaliknya dilencongkan oleh seseorang.
harap rakyat Malaysia xberhenti dengan petunjuk tu.terus berdoa dan berdoa.
xkisahlah penumpang tu dari bangsa apa pun.semua mempunyai nyawa macam kita kan.
xsalah kalau kita turut berdoa untuk depa.
semalam aku tengok meletop.dengaq IM Asyraf kata.
kadangkala musibah yang didatangkan ni beserta hikmah.
kalau xjadi macam ni ada ka umat islam yang bersatu berdoa. berdoa yang beserta tangisan untuk orang lain, yang kita xkenal langsung,kadang kala sedara mara kita meninggal pun kita xpernah menangis macam tu.
daripada Allah ia datang dan kepada Allah jua ia kembali.

sama sama la kita berdoa semoga semua penumpang berjaya ditemui dalam keadaan yang selamat.


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku memperkenankan permintaan orang yang meminta, apabila ia meminta kepadaKu, oleh sebab itu, perkenanlah seruanKu dan berimanlah kepadaKu, supaya mereka menempuh jalan yang lurus" (Al-Baqarah:186)

Tuesday 18 March 2014

Jom Sembang Sembang..

salam to everybody..
ai tengah makan kepok Super Ring ni..nyam nyams.
suka sangat kepok nih..makan sambil sumbat sumbat kat jari macam cincin.
nak cincin tapi xda orang nak bagi kan.
alahai nasibbb..sedihhh!



hari ni membuak buak pulak hati ai.
tadi ada kontraktor kol.
eh silap bukan tadi ja.dari semalam lagi.duk kol kol kol.
nak beli borang xboleh.
kan guwa udah bilang.SISTEM OFFLINE..
masih ngak ngertik luk..waduh.
t aku plak jadi mak doyok ni.
kalau sistem JPJ ka, Trafik ka offline reti plak paham kan.
duk tepon marah marah.bila aku terangkan dia kata "amboi..macam cikgu pulak duk terang kat kita"
hahhaa..dah susah sangat nak paham aku terangkan la macam budak sekolah.
nasib ar..aku memang teringin nak jadi cikgu.tapi xkesampaian.
lulus medsi ja.time interview kantoi.
so dapat mengajaq kontraktor pun ok what.
tapi memang melampau lampau jugak la bahasa si kontraktor tu.boleh naik jugak temperature aku ni.
dia yang beli borang last minit pastu nak marah marah aku plak sebab sistem offline.
nak mintak cakap dengan pegawai konon.cakapla..xheran.aku wat kerja aku dengan betul dan berdedikasi okeh.takat secalit tu xgentar pon.huahuahua...




bagi gambaq ni kat omey.dia kata "manis yayang senyum"
macam tipu plak rasa.aku tengok xmanis pon..
pastu dia tnya.ni bilik aku ka?
xlah..bilik adik.hahha.sementara adik aku  pi plkn ni best la aku.
ada dua bilik.1 bilik tidoq.bilik dia ni leh aku wat store...macam macam adaaa...

hari ni adik aku balik dari plkn.
tadi aku kol dia duk ada kat jeti kuala perlis.bas plkn dari penang datang sebiji ja.
so pelepas la gegel gegel balik dulu.depa boboi kena tunjuk hero..hero la sangatttt.....
bila dah lama xjumpak rasa macam excited pulak.
dia since form 1 mak aku dah post masuk asrama.
tapi lau asrama boleh jugak balik 2 minggu sekali kan.
ni plkn dah sebulan lebih xbalik. dah lama dia xduduk rumah lama lama.
sekarang dah abis sekolah dah tiba la masa..boleh spend time lama lama ngan mak aku.
hahhaha..spend time la sangat..
naik pangkat la adik aku nanti jadi mppp. tukang buang sampah kat rumah.
wah..best la mak.ada orang nak hulurkan tangan ringankan beban.
ops..tu pon lepas kena beletiaq ok..



hari ni birthday bapak tiri aku.
so aku bayangkan malam mesti makan spesel spesel.
kena celebrate 2 orang kan..perghh.
rosak lagi diet. eh xla.
xrosak pon.aku diet selang sehari..hihihi..

xdilupakan,
happy bithday untuk adik angkat (masa teknik kerian)
Nurul Muna.
erm..nanti nak buat entri untuk muna plak la.
sebagai kenang kenangan..

babai.

Monday 17 March 2014

Baby Baby Baby ohhh...

hye hye hye..
wah..menggila pulak dengan hye banyak banyak nau nih.

arini aku setat diet balik. pagi tadi bangun awal goreng teloq 4 biji. cadangnya nak buat sambal tumis.rasa pedas pedas skit baru puas kan. tarik laci tengok pal sweet dah hilang.ni mesti kerja kakak aku sedekahkan gula tu kat laki dia...cis..rugi 8 ringgit aku. so hari ni punya menu bertukar..makan teloq dengan cheese ja.ok la...muak jugak aku nak telan..sambil kunyah sambil pikir kurussss kurusss...nyum nyum.

sabtu lepas aku ada aktiviti.huhu.excited terlebih plak.yerla..aku kalau hujung minggu duduk menempek ja kat rumah..pandang dinding..pandang siling..tengok tv..pastu jadi timun tergolek terus tidur..haish. mana ada nak dating dating semua ni..lepas kahwin nanti tengok la..xkan aku biaq lagi hidup aku macam tu.. sambung balik, ari sabtu ada kenduri kat sungai petani.rumah member opis aku.kak ana.tapi bukan kenduri dia.adik laki dia yang kahwin.ahh xkisah la..kalau ada geng boleh ja serbu kan.orang dah jemput...

so aku serbu ngan ct.naik kereta ct sebab keta aku xservis.lagipun kereta ct myvi baru..cun lagi..pakat skali dengan kak sue..pun opis mate aku.tapi kak sue pegi ngan family dia.kami plan lepas pergi kenduri boleh la terus melawat member member yang melahirkan..nak pergi tangan kosong segan lah pulak.so jumaat tu dah beli hamper.sampai umah kenduri jumpak zela..(pun opis mate..haish banyak betoi watak entri kali ni)..passing hamper kat baby Zela, Nur Amni.zela sebaya aku tapi dah beranak..dulu masa dia kahwin dah la aku xbagi hadiah.pastu dah beranak pun aku xbagi..macam ala segan sikit la aku ngan dia kan..tapi masa kenduri dia aku pi sampai bukit kayu hitam..ok la tu.eh melalut.so hamper satu untuk zela.share dengan ct n anas..anas kena ugut. hahahaha..

(xdak pulak gambaq zela n kak sue nak upload)

aku kalut kalut sikit masa kat kenduri umah kak ana.sebab aku terlambat..gedik nak basah rambut pastu nak keringkan rambut lagi.aku janji ngan kak sue kat tol sungai petani pukul 12.tapi pukul 1145 aku baru keluaq dari umah.sorry kak sue..

lepas kenduri melawat kak mimie..


hehe..dah selim balik..baru ingat nak passing baju aku kat kak mimie..yang seluaq belang belang tu adam muqri.anak sulung kak mimie..asik main game ja..pandai woo budak budak lani celek celek tab..pandai dia cari game yang dia nak main.yang baju pink atas beskel tu anak kak sue.capiya..he..cian capiya kot belakang ja..teruk betoi skill aku amik gambaq kan.



ni anak kak mimie no 2. nama Nur Ziqra..(sedap nama.macam zikir zikir tu kan) hehe.xsepraise dah kak mimie..orang dah tunjuk.Ziqra kecik lagi ni..asik tidoq ja dia..gerammm tapi aku nak dukung takut.kepala dia lembik lagi..cantik kan tilam dia.pandai kak mimie jait.sapa sapa nak order boleh contact mimiehalim.hahhaha..promote.



Baby Ziqra mimpi apa la agaknya kan.. :)


next..............


balik dari sungai petani tu hujan lebat sangat sangat.turn aku plak drive.ct dah drive masa nak p tadi...alhamdulillah.hujan turun jugak kan.aku kata kat omey..xmau la komplen komplen dah.nanti takut Allah tarik balik nikmat hujan.macam baru ni.sampai rindu pulak nak dengar bunyi guruh dan hujan..kan kan..sapa setuju put ur hands up..!


aku ngan ct singgah sunshine kepala batas. nak beli hamper untuk anak kak wanie pulak.ini pun dah habis pantang dah baru nak melawat ni..ok nak cerita sikit pasal sunshine tu.kalau kat penang konsep dia macam shopping kompleks bertingkat.macam jusco tu kan..tapi kat kepala batas tu macam pelik sangat sangat la.macam konsep kedai ala ala kat tesco, kat carefour..semua asing asing.untuk department shoes n bags bayar asing.pastu terasing pulak sampai keluaq mana mana hala.ish..aku xkutuk,aku cakap benda yang betul.





baba cak!! ni anak kak wanie..Iskandar Zulkarnain..(kak wanie sampai hati cuti nama bakal anak aku nanti..) xkisah la..nanti dapat anak nak bubuh gak nama nie..nak jugak nak jugak..kalau nama bapak dia ada zul lagi sweet kan..hehe..zul omey..



haish..gerammm tengok..aktif ja.kaki ngan tangan tu asik nak tumbuk terajang..diam ja Iskandar..pandai berdikari waktu mama dia nak menyembang..huhu..macam mana la rupa anak aku nanti kan..ops berangan! nikah dulu woi..baru pikiaq anak..aparaaa..



Friday 14 March 2014

When You Believe By Mariah Carey

#MH370


Whitney:
Many nights we prayed, with no proof anyone could hear
Siang malam kita berdoa, tanpa seorang pun mendengarnya
In our hearts a hopeful song, we barely understood
Hati kita menyenandungkan harapan, senandung yang tak kita mengerti
Now we are not afraid, although we know there's much to fear
Kini kita tak lagi takut, meski tahu banyak yang menakutkan
We were moving mountains long, before we knew we could
Kita mampu menggerakkan gunung, jauh sebelum kita tahu kita mampu

Chorus:
There can be miracles, when you believe
Keajaiban mungkin terjadi, saat kau mempercayai
Though hope is frail, It's hard to kill
Meski asa begitu rapuh, ia tak mudah dibunuh
Who knows what miracles, you can achieve
Tak ada yang tahu keajaiban yang mungkin terjadi
When you believe, somehow you will
Saat kau percaya, entah bagaimana
You will when you believe
Engkau akan saat kau percaya

Mariah:
In this time of fear, when prayer so often proves in vain
Saat takut, ketika doa sering tak terkabul
Hope seems like the summer birds, too swiftly flown away
Asa tampak bak burung musim panas, begitu gesit terbang menjauh
Yet now I'm standing here, my heart so full I can't explain
Namun, kini aku berdiri di sini, hatiku tak gentar, tak bisa kujelaskan
Seeking faith and speaking words, I'd never thought I'd say
Memiliki keyakinan dan mengeluarkan kata-kata, yang tak pernah terpikir akan kuucapkan

Chorus:
There can be miracles, When you believe (When you believe)
Keajaiban mungkin terjadi, saat kau mempercayai (saat kau mempercayai)
Though hope is frail, It's hard to kill
Meski asa begitu rapuh, ia tak mudah dibunuh
Who knows what miracles, You can achieve (You can achieve)
Siapa yang tahu keajaiban yang mungkin terjadi (yang mungkin terjadi)
When you believe, somehow you will
Saat kau percaya, entah bagaimana
You will when you believe
Engkau akan saat kau percaya

Bridge: (Both)
They don't always happen when you ask
Keajaiban tak selalu terjadi saat kau memintanya
And it's easy to give into your fear
Dan lebih mudah menyerah pada rasa takut
But when you're blinded by your pain
Namun saat kau dibutakan rasa sakit
Can't see you way clear through the rain
Tak dapat melihat dengan jelas dalam hujan
A small but still resilient voice
Suara samar namun tak terhenti
Says help is very near
Mengatakan bantuan sangatlah dekat

Chorus: (Both)
There can be miracles (miracles)
Keajaiban mungkin terjadi
When you believe (When you believe)
Saat kau mempercayai
Though hope is frail
Meski asa begitu rapuh
It's hard to kill
Ia tak mudah dibunuh
Who knows what miracles
Siapa yang tahu keajaiban
You can achieve (You can achieve)
Yang mungkin terjadi
When you believe
Saat kau percaya
Somehow you will
Entah bagaimana
Somehow you will
Entah bagaimana
You will when you believe
Engkau akan saat kau percaya
You will when you, you will when you believe
Engkau akan saat kau, engkau akan saat kau percaya
Just believe, just believe
Percaya saja, percaya saja
You will when you believe
Engkau akan saat kau percaya

Cerita PLKN

jumaat again. wehuu assalammualaikum. aku baru pas makan ceklet cadbury ni.terasa lagi kat tekak.dappnyer..kan ke best kalau ada 1 lagi..hikhik

tadi pagi dapat call dari adik aku.syiok dia.minggu depan dah nak balik.dah habis plkn dia. amboi..merdeka la hang noh! PENGANGGUR TERHORMAT. aku dulu habis sekolah xsempat tau nak tanam tanam anggur semua ni. abis spm bulan sebelas.pastu bulan 12 mak aku antar borang kat 7e.hehehehe..menangis nangis nak pi keja.bukan malas.tapi sebab minggu pertama tu aku asik kena sapu lantai, mop lantai, lap cermin. aku rasa macam aku ni makcik cleaner.

aku dulu dapat jugak plkn ni.1st dapat kat kuala nerang.tapi aku rejek.aku wat penangguhan.sebab alasan nak sambung belajar.konon konon selamat la.abis poly aku dapat balik panggilan.cisss..jlkn simpan rupanya senarai penangguhan.aku ingat fail tu simpan dalam stor ja.so aku dapat panggilan ketiga masa tu tahun 2008. sebenarnya aku x hingin sangat pun nak pi.yala umur aku masa tu dah 21 tahun.nak kena pi pulak bergaul ngan budak 18 tahun.kompem la stamina akak kurengggg kan..tapi masa tu xgemok lagi tau..(ini sekadar maklumat tambahan.)hihuuu

sebelum aku kapel ngan ejam, i'm in love with khalily. wahh..speaking pulak.mengada sangat.aku putus ngan khalily ni.dia curang.bodoh! so untuk mengubati frust aku ni aku pon pegi la join plkn.drama sangat aku kan..nak lupakan kekasih sampai kena bawak diri.konon menghadapi saat genting dengan penuh kecekalan laa.hakhh tuih. aku masuk pun lewat sehari.aku xpergi dengan bas ramai ramai tu.mak aku hantar sendiri.aku dah biasa duduk asrama,dah biasa kena buli ngan senior.so macam pegi plkn ni tarak hal la..aku punya perangai pun boley tahan...nak lawan mai ar..hahhaha




aku disumbatkan dalam team Bravo..hurm...bangun pagi pukul 5.30.pastu sembahyang subuh (selalu skip), pastu kena berbaris...pagi pagi biasa la..aku memang lawas.pernah sekali tu terlambat turun.aku dengaq coach dah jerit dalam kiraan. malas malas malas.penat aku nak kena ikut banyak sangat peraturan.sampai padang aku kena denda lari 10 round bawak bendera bravo.esoknya xlambat dah..kena lari tu xpa la kalau pelan pelan.dengan kena keliling dengan budak budak company lain.pastu baju plkn pompuan kan yang labuh tu.melekat pulak dengan tracksuit dia yang kain cotton lembik lembik tu..haish..rasa bergendut sungguh jubor ini..segan aku.semua goyang.esoknya pengajaran la..aku xlambat dah.hihihi..bagus plkn.


hempon kan xboleh pakai kat plkn ni.ada skali tu dapat hempon hujung minggu.so semua excited la nak ambik gambar keliling kat dorm.nak buat kenangan la konon.kem aku Kem Seri Mutiara Balik Pulau. lagi senang nak ingat kem yang runtuh tu..n masa runtuh tu lepas aku tamat latihan.hehe..alhamdulillah.Allah panjangkan umur aku..dekat tepi dorm bravo ni ada satu kolam tau..macam kolam katak.air dia hijau hijau..pastu ada bunga teratai..aku melawak la ngan member member aku kata "macam kolam bunian kan." pastu semua budak budak..xamik port sangat la..posing posing ja tepi kolam tu.malam tu aku xboleh tidoq..macam terjaga terjaga..mustahil la xpenat kan.tapi kenapa xleh tidoq.aku pegang yaasin bawah bantal.pastu baru aku teringat.gambaq kat kolam.aku diam ja.nak bukak hempon tengah malam dah takut.nanti terkeluar gambaq lain ka kan.kelipok kelipok ja mata aku.esoknya aku delete semua gambaq dekat kolam tu.malamnya baru aku boleh tidoq macam biasa.tapi aku xcerita la dekat budak budak lain.yala..aku la yang paling matang sikit pun dari depa.xmau la takutkan depa.satgi duk mai ramai ramai peluk aku lemas pulak.duduk dalam hutan ni kena la jaga perangai, jaga mulut kan.

(xdapat nak tunjuk rupa kolam tu..semua gambaq dah delete..kecut)

banyak benda nak cerita sebenarnya ni.. tapi jam dah pukui 1215..so time rehat dah menjelma..apa lagi.jom eksesais.jangan lupa selitkan keselamatan MH370 dalam dalam doa kita semua..semoga kita dapat temui mereka semua dalam keadaan selamat.in shaa Allah... 




Thursday 13 March 2014

LEMON TREE

tiba tiba jumpak lagu ni dalam folder
jom nyanyi sama sama.
jangan lupa selami maksud lagu ni.
mendalam sangat.

I'm wasting my time
But nothing ever happens
And I wonder
sedih!
 

I'm sitting down here in the boring room
It's just another rainy Sunday afternoon
I'm wasting my time
I got nothing to do
I'm hanging around I'm a-waiting for you
But nothing ever happens
And I wonder

I'm driving around in my car
I'm driving too fast
I'm driving too far
I'd like to change my point of view
I feel so lonely
I'm waiting for you
But nothing ever happens
And I wonder

I wonder how
I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue, blue sky
And all that I can see is just a yellow lemon tree
I'm turning my head up and down
I'm turning, turning, turning, turning, turning around
And all that I can see is just another lemon tree

I'm sitting here
I miss the power
I'd like to go out
Taking a shower
But there's a heavy cloud inside my head
I feel so tired, put myself into bed
But nothing ever happens
And I wonder

Isolation is not good for me
Isolation
I don't want to sit on a lemon tree
I'm stepping around in the desert of joy
Maybe anyhow I'll get another toy
And everything will happen
And you'll wonder

I wonder how
I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue, blue sky
And all that I can see is just another lemon tree
I'm turning my head up and down
I'm turning, turning, turning, turning, turning around
And all that I can see is just a yellow lemon tree

And I wonder, wonder
I wonder how
I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue blue sky
And all that I can see
And all that I can see
And all that I can see
Is just a yellow lemon tree

Macam Macam HEY

salam,

macam macam nak update.
dunia pun macam macam yang berlaku.

hujan xturun turun.dah berbulan.kering ja tanah kat malaysia ni.sampai kena buat pembenihan awan.minggu lepas aku nak mai keja, ada jumpa ular sawa kat tengah jalan.petang tu pulak jumpa dekat depan Hong Leong Bank padang kota.ular pon dah xboleh duduk dalam semak.panas.keluar cari air. dalam cuaca kering.dengar pulak cerita hutan kat malaysia ni merata rata terbakar. asap banyak jadi jerebu pulak.dah masalah jerebu xsetel lagi baru ni kapal terbang pulak ghaib.macam macam yang berlaku kat malaysia.Hanya Allah yang Maha Mengetahui.kita sebagai hamba yang xmampu berusaha atas kapal ka guna satelit ka..boleh buat solat hajat.minta pertolongan dengan Allah.semoga MH370 dalam keadaan selamat dan dilindungi.semoga hujan turun seperti biasa kat Malaysia ni.dapat suburkan balik tanah tanah.dapat hilangkan jerebu.aku bawak kereta pun bila pandang kiri kanan kesian tengok rumput.kuning.terbakar sebab xcukup air.

oh ya, isnin sampai rabu lepas aku join writing and speaking workshop.ok jugak la.boleh jugak improve english aku yang suam suam ni.lepas balik kursus ni asik nak berspeaking ja.cakap sorang sorang depan cermin pun aku speaking.huhu..over gila kan.tu baru join english course.kalau holiday london seminggu pergh..dah xlalu kot tengok nasi.

hurm..ni topik sedih plak. dukacita cita ok.eh.macam xclear.DUKACITA.haaa.bagi caps skit baru nampak. aku gagal lagi intebiu untuk kali yang ke berapa ntah la.macam dah ped up pun ada nak try.memang rezeki aku kat JKN ni ja kot.xpa la.kerajaan jugak.ada orang keja kilang ja.alhamdulillah.mungkin ada hikmah disebalik kegagalan ini.huaaaaaaaaaaa..aku cuba untuk positip tau.tapi aku xleh tipu.aku sedih..ingat dapat keja baru dpat la gaji lebih sikit.boleh la hidup selesa sikit.ni tiap tiap bulan xsampai nak rotate dapat gaji balik dah kering kontang dalam bank.

bila aku sedih..aku rasa macam lapar sangat.tapi aku nak diet.alahai..bertahan bertahan!




Thursday 6 March 2014

MYMAK WITH POU

aku ada beli phone csl aritu.lama dah jugak la.tahun lepas.masa tu kan dapat yang belia punya voucher boleh claim hp 3g tu..apa nama ntah..ala paham paham sendiri la k.mak aku kata teringin nak ada telepon yang sentuh sentuh.pastu kalau nak zoom gambaq boleh tolak ngan dua jari tu ja.hehe..aku tanya "mak reti ka nak pakai." "kalau ada mak belajaq la.duk rumah saja saja mak belek nanti pandai la guna"huhu..xcukup tu, mak aku kata "Habsah (kawan mak aku) anak dia bagi i-phone..harga 800" hah??? hahahhahaha..iphone mana ada ratus.ribu.mak aku asal hp tekan ja iphone la. makcik habsah tu pakai samsung. ops.sambung balik.hp csl aku tu aku bagi mak aku.sebab aku kan dah ada belekberi.. 




baru ni  ajaq mak aku main pou. huhu..yang bestnya, kalau pou tu lapaq mak aku suka bagi makan cabai.hahahahahha..penderaan..pastu mak aku gelak.bila dah kenyang pun mak aku nak bagi makan lagi,pastu pou tu pun "buwekkk buwekkk" hahahaha..mak aku suka plak..lau game pou aku ajaq mak aku main yang tembak kaler kaler tu..apa nama ntah.lupa. bukan mak aku ja.makcik aku pun poww sepupu aku bagi csl kat dia sebab nak main game pou.hehe. nanti nak suh main candy crush plak. 




tadi member aku (sayda) post kat wasap.nak beli kan ipad tipu tipu kat opah dia.sebab opah dia nak main bunuh bunuh semut. hahahah..comel kan.kalau tok aku ada pun aku nak bagi tok aku main jugak.baru millenium kan.

sejuknya hari ni..saja bertahan xmau tutup ekon.kalau sejuk sejuk celek perfume (perfume tipu beli kat langkawi) kan wangi..omey kata kalau buh perfume baru garang..hahhaha..garang camana tu sayang? oww..terus feeling seksis.phuii.


Wednesday 5 March 2014

RINDU ZAMAN SEKOLAH

hye.harini rasa bosan sangat.
belek belek fb tadi jumpa gambaq zaman sekolah menengah dulu.
aku sekolah dekat teknik kerian.masa tu taun 2003 n 2004.
sejarah bermula macam ni,

sebelum masuk teknik aku ada beli borang sekolah sains.hehe.nak gelak pon ada masa taip ni.poyo gilak.tu pon nak cerita kan.eh suka hati la.aku dah siap tau isi borang skolah sains tu, pastu masa trial pmr aku dapat sains D, geo D, sej D.ish.ish.ish.vongok boleh tahan.hahhahaha.pastu aku terbayang kegelapan masa depan aku.so aku pon padam borang skolah sains tu aku bagi kat member aku. dia xsempat nak beli borang. aku yang baik hati gila babeng ni cakap la sorang sorang dalam hati."xpala,trial aku pon teruk,lebih baik aku bagi peluang kat orang lain."...........pastu result pmr betul keluaq.aku dapat keputusan yang memang ok jugakla.ada A B ja..C D xmain la der.kalau mintak sekolah sains lepas jugak la keputusan tu kan.member yang aku sedekahkan borang tu dapat result lagi teruk dari aku.rasa menyesal pon ada bagi kat dia.kalau x mesti aku dah ada peluang jadi doktor kan.hahahahha.berangan! tapi apa nak buat.nyesal dulu pendapatan dong.aku pon berjaya la memasukkan diri kat sekolah teknik dengan borang yang berharga rm1.10..mak aku selalu perli."abis pandai latu, beli borang sekolah sains bagi kat orang." hehe.ala.dah ditakdirkan aku jadi budak teknik kan.rilek la mak..

hari pertama join teknik aku sampai lambat pendaftaran tu.bapak aku pusing kot jalan mana ntah nak pi bagan serai tu.lalu bendang banyakkkkk sangat.pastu ada hutan hutan sikit.kelapa sawit la.aku ni xberapa minat sangat duduk kampung.bukan nak berlagak.tapi dari kecik kecik dulu pon aku berkenan sangat kalau balik umah tok aku.dalam kereta tu rasa macam adui.berat ja hati.pastu sampai jugak sekolah.nampak besaq gilos.cantik gak.walaupun depan sekolah bendang dan belakang sekolah ladang kelapa sawit.tu pemandangan waktu siang.kalau malam??huh..




aku dapat dorm yang kena share dengan kakak senior.teknik memang terkenal jugak la kalau bab ragging2 junior ni.so.aku mesti bersedia mental dan fizikal.lepas mak punggahkan beg berketul ketul dengan baldi cebok semua.aku naik bilik.nak kemas barang.nak susun cantik cantik la konon.yala, dapat loker pun alahai ciputtt..semua nak sumbat dalam tu.kena la lipat baju comei comei.

priiiiiiiitttttttttttttttttttttttt!!! (bunyi wisel)

taik!dah setat ok aktiviti meragging.padahal baru pukul 2.30 petang.semua kena berkumpul kat taman aspuri dengan berpakaian baju kurung, bertudung + anak tudung, berkasut kulit lengkap berstoking dalam kiraan 20. hoi! memang gila! sampai terhantuk kepala aku kat bawah tangga sebab nak mik short cut pi taman tu.

tu baru sikit.ni nak cerita azab orientasi:

  • baju sekolah xboleh basuh seminggu
  • public fon xboleh pakai seminggu dalam minggu orientasi tu.
  • mandi nak pergi sekolah pukul 3 pagi sebab senior pesan xnak berselisih ngan depa kat toilet.
  • nak pergi mandi kena pakai baju lengkap siap kain dalam dengan anak tudung.xboleh menonong camtu ja.padahal depa wat xpa pulak.
  • setiap kali jumpak kakak senior kena bagi salam.kalau xbagi salam nanti dorang panggil "oi ko, salam mana salam!"
  • nak pergi surau sembahyang jemaah kena pakai kasut kulit ngan stoking
  • riadah petang xboleh pakai kasut sukan.pakai kasut kulit hitam yang pakai pi skolah tu.seminggu lepas orientasi kasut kulit yang mak aku beli untuk buat kasut sekolah tu lekang.mak aku pun pelik.baru pakai seminggu dah lekang.huhuhuhu.


ni masa dah jadi senior.alhamdulillah.berjaya jugak la aku lalui azab setahun sebagai junior.kira kental jugak aku kan.kuikuikui.. gambar ni masa sambutan hari kemerdekaan 2004. 31hb hari apa ntah.so jauh ngan hujung minggu.so xdapek la balik.sambut merdeka kat sekolah ja. best sangat. ada dorm yang wat tema 80an.budak aspura la. dorm aku pakai merah.konon sambut dengan semangat yang mebara la.phuii sangat.merah ok dah.yang tudung aku labuh sangat tu apahal kan.hahahahha.dengan anak tudung biru muda.abih matching la tu.mangsa pesen betoi!




"ambo bingkah bangun sini nok sebut satu cito!" (sambil tepok lantai pentas dan bangun menari cam bersilat)dapat bayang x?hahhaha tu la keadaan masa masuk dikir barat sempena kempen anti dadah peringkat daerah kerian.dapat tempat ketiga u olls.jangan memain.aku jadi tukang karut, ana jadi tekong.(kami pakai reben merah kat kepala)...yang baju hitam tu baju silat pinjam kat aspura.depa pakai vest pink main alat muzik.vest kuning tukang menari ngan tukang sambut bila aku naik shekh..baju melayu putih tu pinjam baju melayu aspura untuk sembahyang jumaat.hahahha.yang mana ada boipren selamat la.yang xdak tu kelam kabut jugak mencari.masa nak pulangkan balik tu siap bubuh soflan banyak banyak.sebab takut nanti kena kutuk busuk ngan aspura.hahaha..reputasi mesti jaga.




hehe.tengok dayah.nak control sangat la muka konon.posing ngan adik angkat terangkat dia.last last jadi camtu.masa ni kat bilik sakit.adik angkut dia tu demam.beriya la si dayah nak melawat.pastu melepak skali.padahal pompuan xleh masuk.tu yang bertarik tarik tirai.kkantoi ngan cikgu mati.dimerit pulak.asik kumpul dimerit ja..merit xpernah bertambah.




ok la panjang dah..jemu taip.dan jemu jugak nak membaca. babais.vromm vromm.