Wednesday 26 February 2014

SELAMAT TINGGAL MAXIS..!

berasappp ja telinga aku.
sabaq sabaq.
tadi tengah mood baik punya.tiba tiba dapat call.
call dari no celcom aku.tapi dari agen maxis.
camni haa ceritanya,
bulan lepas memang aku lewat bayar bill.eleh.sebulan ja pon.
tu pun baru 200+..padahal credit limit line aku 200 ja.
xsampai sebulan aku xbayar.19 hari..dah kol tanya.
dah gelabah.bongok! dah xda duit sangat ke?

semalam dah gaji so aku bayar 150ringgit.
aku cakap nak bayar hujung bulan.saja ja aku sogok macam tu kat agen bongok tu.
malas nak agen bongok tu kacau.memang aku tau pun gaji 25hb.
so hari gaji aku dah setel semua bil bil.line pon dah ok dah sambung.
tadi si agen bongok kol lagi.dah la kat number celcom aku yang pakai prepaid tu.
hoih.semua tempat geledah.hutang bil tepon 50ringgit ja kot.bukan hutang card credit.
aku dah tempek skali.
kenapa perlu nak call dekat number celcom.kenapa xcall maxis saya?
kenapa xcall number opis terus?haish..
pastu baru terhegeh hegeh, ok lepas ni saya akan hubungi number maxis.
tolong fikir dulu sebelum buat sesuatu boleh x??boleh x?!

pastu nak tanya pulak.line dah ok ke belum?
aku cakap hah!? dia kata..haah.line dah ok.woi bodoh!
aku bayar bil hang boleh cek, xkan line aku dah sambung ke belum xboleh cek?
serius.kalau aku jadi bos sang pari pari kol aku tadi memang aku dah buang.
buat keja bagi customer marah.pastu sebok pulak tanya bila aku nak setel lagi 50ringgit.
aku kalau xbayar 50 ringgit tu pun line aku ok lagi.sebab credit limit aku 200.
bil bulanan aku 120 ja.total baru 170+..gelabah!

cakap banyak banyak lagi.
kesudahannya pap! cakap la sorang sorang. aku letak tepon.
tu lebih baik dari aku jawab then aku letak tepi.hehehehe.
skali lagi kol memang aku buat..tunggu ye si pari pari =)

kesimpulannya maxis patut cari agen kutip hutang yang baru sebelum banyak lagi customer lari.
dan aku dah xkebulor nak pakai line maxis lagi.



~ sudahhhhh..cukup cukup sudahhhh..
cukup sampai disini saja......
daripada batin tersiksa..lebih baik ku pergi saja.

yes..agen tu dah siksa batin aku.
huhu..aku bercakap ni bagi pihak aku.jangan ada yang nak over over feeling plak k. peace.

Friday 21 February 2014

BORING LA..

dah bukak radio.lagu sama ja hari hari.
lagu ajai aduh, pastu lagu macam cantik macam comei.
dah boleh hapal dah.xpayah tengok lirik.
dah bukak tenet.dah belek belog dah belek paper.
tapi rasa macam buhsan jugak.
ni la nasib kalau jadi insan terbuang kan.duduk la menempek sorang sorang kat konter.huh!
mengeluh.tapi xomey kata xbaik mengeluh dalam cari rezeki.
ok la..senyum balik =)

belek belek hempon terjumpak la gambaq kek ni.
ari sabtu lepas punya ni.ada orang tempah.nak buat kek pengantin.


ok x?hehe.macam gebu gebu kan icing bunga rose atas tu.tengok tangan la beb.(kembang semangkok) aku yang buat ni.tapi icing ja la.kek kat dalam tu mak punya handmade.kek ni tinggi.sebab ada 2 kek pastu tengah pon ada cream lagi.lepas aku icing ni aku rasa cam minat pulak nak meniaga.ala.meniaga kecik kecik ja.saja nak isi masa lapang.

aku plan nak buat cam gift ka.cupcake, fruit tarts ka, macaron pon ok.semua ala yang macam kiut kiut tu.hihihihi.pastu kalau nak cantik kena la keluaq modal buat label kan.
hurm..tinggi betui angan angan.harap angan angan aku ni jadi kenyataan la.9/10 rezeki tu kan datangnya dari perniagaan.

untuk menu diet hari ni aku makan ikan goreng dengan teluq rebuih.sejujurnya kembang jugak la tekak bila nak telan.xlarat nak makan telur dah.wek..ni pun rasa nak muntah.tapi nak kuruih punya pasai telannnnnn..macam semalam.aku masak sayuq bayam.aku mana pandai buat sayuq.sebab tu aku suka makan ulam.hahahha.vongoks kan.sayuq orang kata paling senang nak masak.aku memang bangga dengan orang yang pandai masak sayuq ni.aku kalau buat mesti rasa macam makan rumput.bayam semalam pun aku paksa kunyah.kunyah.kunyah.tapi xboleh nak telan.gagah jugak.seksa oi.kalau makan kfc xsempat pulak nak kunyah.terus telan.





giler comey..hahahahaha.thanks 360!






Wednesday 19 February 2014

OPIS HOLIDAY TRIP..PLANNING



macam ni ceritanya.
opis aku nak buat trip untuk holiday.
opis sponsor.
pastu leh pilih minimum 10 orang 1 group then plan la nak holiday kat mana.
sekarang ni dah ada paper work untuk:

  • kuching
  • medan
  • pulau redang
  • pulau langkawi
  • melaka
so aku ngan member2 seangkatan aku plan nak pegi singapore.
trip pakej masuk uss ngan legoland.

atau

pergi pulau langkawi.
tapi wat trip sendiri kat sana.
just jumpa semua untuk bbq dinner.
trip pi langkawi ni banyak trip family.sebab tu jalan asing2.
aku xkawin nak kepit ngan ct n anas ja la.

hurm,pulau langkawi tu 2nd choice la kalau budget untuk singapore mahal sangat.dah check flight.mahal jugak.xdak promotion.maybe naik keretapi kot.huhu.industan sangat.terbayang shah rukh khan lompat atas keretapi nyanyi lagu chaiya chaiya ..kalau nak naik bas lagi la berejam nak sampai johor.kebas..tapi singapore ni still dalam perancangan.kak su bagi idea nak tumpang trip melaka.pastu terus ke singapore.hahahha.sebab malas nak buat paper work.kalau buat paper work ni besa la.nanti kena present kat boss.pastu balik nanti bentangkan pulak.macam leceh kan.

teringat lagi masa pi phuket dulu.naik van siam tu. perghh..dah la aku kena duduk seat belakang skali.pastu drebar siam tu bukak lagu disko kuat gila.gedebung gedebang telinga aku kat belakang.dengan krem pungkoq.sat alih sana.sat alih sini. bertolak pukui 5 pagi dari penang.pukui 530 petang baru sampai phuket.pheuww.nak jalan sangat kan.rasakan.tapi tomyam kat krabi memang tomyam paling sedap aku pernah makan.aku teringin jugak nak pergi lagi semata mata teringin nak rasa tomyam tu.dijamin sedap walaupun gerai tepi jalan.ish.pasai makanan laju ja kan.tengok la nanti pegi hanimun krabi ka.hihihihik.



wiwittt..ikan dugong duyung tumbuh kaki..












Monday 17 February 2014

bawak bekal

eceh.
rajin bebenaq aku hari ni.
bangun pagi main masak masak kat dapo mak.
keletung keletang masak.
pastu lambat masuk opis.
hahahha.i dah bese lambat lambat ni.
masak apa la gamaknya kan.
mesti spesel...

tayang beg tupperware dulu.
baru beli jugak ni.
mahal tau..(bagi aku la.bagi orang lain cheap cheap ja)
tapi yang penting beg dia cumel kan.
kaler pink pastu polka dot.
rasa jambu gila bila masak sendiri pagi pagi pastu bawak bekal datang opis.
bakal laki kalau tau ni mesti bangga gila.
euww..!






jangan jeles k.

jom tengok makanan plak.
mungkin kah nasi goreng?
nugget? sausage? nasi lemak?
huhu.jangan teruja sangat.
menyesal nanti.



jeng jeng..






hehe.masak teloq ja pon sampai lambat.
eh shadap!
timun ngan salad tu potong dari semalam.
pastu siap letak dalam tupperware simpan dalam peti ais.
pagi tadi picit mayonaise ja.
telur roll tu dalam ada sambal sardin tau.
sedap banget.ni dah try buat 2 kali.
aku kan tengah atkin diet sekarang.
jangan muntah jangan muntah.
azam kali ni betul betul punya.
GUA NAK KURUS!
sabtu pagi aku jogging kat waterfall 5 round + main badminton
ahad pegi naik bukit kat taman metropolitan.
sengkak jugak la nak bernapas.tapi time turun bukit laju.
ops.kenderaan berat ikut kiri.hihihi..

tapi....
petang lepas naik bukit tu TERmakan pulak nasi kenduri.
ingat amik nasi tu just nak cover line.
takkan kat rumah kenduri nak tadah lauk ja kan.
dah amik tu tersentuh pulak nasi briyani yang terkena acar buah.
perghh.rosak!


sesal dahulu pendapatan.sesal kemudian xberguna lagi.
hari ni setat balik membentuk ketosis..
kemon kemon!!

Friday 14 February 2014

aku dan kontraktor - part 2

salam jumaat.

aku still kat bahagian perolehan.
still berurusan dengan kontraktor.
best jugak layan karenah orang.
kadang kadang lepas depa balik aku gelak sorang sorang.
yang mai macam nak bergaduh pon ada.





macam ada sorang pakcik baru ni mai.
dia nak resit yang terkini.padahal dah ada resit yang terkini dah kat dia.
pendaftaran dalam sistem pon ok.aktif lagi.
aku pun hang/ blur apa pakcik ni nak lagi.
dia kata kalau xbagi resit baru dia xboleh pi site visit.
hehhehe.lani gomen kan pakai resit hitam putih ja.
aku dah terangkan kat dia.tapi dia duk marah lagi.
dia kata xpa la kalau xmau bagi.dia kata "xpayah pi melawat tapak la."
"xpa la xpayah beli tender."nak merajuk plak.aishh..
mana boleh biar orang macam ni.nanti xpasai pasai dia komplen aku bla bla bla.
tapi aku muka senyum lagi.dalam hati dah bergusti dah.
aku pon print balik resit tu, pastu cop jabatan.
tu ja la cara aku nak solve problem dia.
tu pon lepas aku dah terang berkali kali.aku takut sebenarnya.
dia dah macam nak angin ja.sebelum dia sepak aku baik aku buat camtu.
phewww... menguji kesabaran betui.

hehe.one more stori,
ada pakcik sorang ni mai pagi tadi.
dah sudah aku update sijil dia tanya.cik ka puan ni.
aku dengan malu malu alah jawab la. "cik"
ehehhe.pastu terus dia bercerita pasai anak laki dia.
anak dia keja baguih.dia sebut plak."bukannya nak berlagak"
eh..tau xpa.macam dah nak berlagak ja..tapi aku cakap dalam hati jala.
pastu pakcik tu sambung lagi cerita anak dia kerja kat putrajaya.
gaji banyak.cover semua dalam malaysia ni la pasai teknikal.
dulu anak dia nak mintak doktor.tapi pointer xcukup.
pastu dia try mintak polis forensik plak.xdapat jugak.
huhu..aku duk bayang.pakcik ni jenis mamak hat kulit putih tu.
mesti anak dia smart gak.haish..jodoh ka ni?
hahhaha...gedik gila aku.whatever.

aku nak bercerita lagi pasal kontraktor ni sebenarnya.
tapi xbest plak entry panjang berjela yang xbergambar dan kena baca ja.
aku pon boring.orang yang baca lagi la boring kan.
aku kan very understanding.hu..hu..
to be continue..(tapi entah bila)

Wednesday 12 February 2014

terukir cinta

assalammualaikum.


tajuk cintan sangat kan.terukir cinta..sebenaqnya tu tajuk novel. ni semua setat adik aku la.gedik gedik sangat nak beli novel.sebab dia boring kat plkn.bestnya pi plkn siap boleh boring boring.aku dulu pi plkn sampai tidoq pon xcukup.nak berak pon nak cepat2.untung budak budak sekarang kan.eh.sambung balik stori.nah baca dulu sinopsis belakang novel.

18428018

~~  Nadia yang polos, Nadia yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah! Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah. Jawapan Imran buat hatinya naik geram. 



“Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran 

“Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia 



Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di situ.



“Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia 

“O… key. Bila?” Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya. Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah. Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta Audi yang ‘seksi’. 



“Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif 

“Tak. Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri kereta!”- Nadia 



Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan bergaya. Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah dia sebenarnya? Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif? Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?  ~~



hehe..bagi aku ok jugak la jalan cerita dia.sebab mungkin matlamat Nadia ngan aku ni sama.nak kahwin n kerjaya.pastu dapat boifren pon yang macam layan xlayan ja.pastu Nadia ni pon sama.jenis kalau boleh kol boifren berpuluh puluh kali.dah sembur macam macam pastu dah sejuk baru menyesal.mintak maaf.hahahhaha.sebijik aku! muka ja nampak tegar.padahal dalam hati macam agar-agar.kalau nak tau lebih kena baca la.aku nak cerita pon xbaca habis lagi.pastu xkan nak cerita kesudahan novel orang sesuka hati kan.nanti kena saman pulak.mati nak bayar.nak hidup pon xcukup duit ni.babai.

Monday 10 February 2014

K ~


bosannya kalau senin menjelma.nak kata duduk umah best sangat pon xla jugak.tapi boleh bermalas malasan.huh!! dasar pemalas kan.eh mana ada pemalas sangat.



semalam aku pi joging sorang sorang.nak buat camana.terpaksa.nak ajak sapa.kawan xramai.tula kan.skolah asik jauh jauh.duduk asrama.kawan kat opis plak duduk jauh.ada marka tapi nun jauh jugak.sorang pon sorang la.yang penting 2014 ni nak jugak ada sesuatu dalam hidup aku. 3 K. kurus, kerjaya n kahwin.yes memang aku nak kawen.tapi jodoh belum sampai.kerjaya?hurm..tengah berusaha.kalau xdapat yang lebih baik dari sekarang.study then try lagi dan lagi dan lagi.xpernah aku putus asa.walaupun dah berapa kali xberjaya interview. tapi aku try lagi.pergi lagi.dah berapa kali la duk fotostat and bagi pegawai sahkan.tebal jugak muka ni bila orang tanya. "nak buat apa?" "interview.." ada yang melaser jugak. "berapa kali dah hang ni.kena mandi bunga." shit! mulut taik.hahaha.dah belum masanya aku dapat rezeki tu. kennnn...kadang bila aku nak sesuatu tapi Allah tau yang tu mungkin xbaik untuk aku so aku xdapat la. xpun aku xberjaya sebab Allah nak kurniakan yang lebih baik untuk aku.kita kena yakin la.hehehe.positip gilak aku!



prinsip tu jugak la kena pegang untuk K yang ke2.kawen! umuq dah 27 tahun.jodoh belum sampai.bukannya aku xusaha.bukannya aku xcari. dulu time study member aku target aku la kawen dulu.bercinta sakan. tapi dah tertulis.depa bukan jodoh aku kan. harap harap yang ada sekarang ni kuat la jodoh.aminn. kalau dah tertulis memang xkan terpisah~...demi cintakuuu..demi cintamuu..jangan biarku tersiksa. ecehh.tersiksa la sangat.makan lalu ja.. jodoh aku dah ditetapkan dari aku dalam perut mak aku lagi kan.ermm..tu semua rahsia Allah.sabar..Allah sentiasa bersama orang yang sabar :) senyuman untuk si jodoh



kurus.hihi..malas dah nak menanggung lemak.tapi malas jugak nak menepis nafsu.harap harap dah pernah try joging sorang diri tu pasni bersemangatlah aku nak berjoging walaupun sorang. ala.nak malu apa.semalam kakak tu lagi gemuk dari aku pun ada.sorang sorang jugak dia jalan.alaaa.lagi pun kat waterfall tu banyak cina.cina mana kepo cam leayu.kaki jalan.mata pon berjalan.tapi taste aku kan memang ala ala cina.sepet sepet tu.hahaha.melencong dah. assalammualaikum.




Friday 7 February 2014

dart-melake! part 2

hehee..
lamanya memeram stori.
aku kan bz.

okeh.letg go sambung stori.
malam tu balik dari jonker walk kan.
lepas tu ikut abg famy jumpa member member dia.
jpj 1 bas dari negeri mana ntah.
aku bajet jumpak la jodoh sorang.
hampeh ja.semua stok daddy n abah orang.
lama jugak la duk melangut kat subaidah tu.
sampai jadi garfield dah mata aku.
sok dah la nak lawan dart.

pagi tu aku kunci jam awal gila.tapi yana yang bangun dulu.
hahhaha.katil hotel kan empuk.macam ada magnet.
mana boleh bangun.



si poyo nak pergi berjuang.hahahha..
cantik gila aku matching..tudung kuning, baju ijau,kasut pepel.beg kelabu.
haishhh..juling mata.



aku n yana main board 4.
laki ada 72 team.pompuan ada 2 team ja.siot malu kot.
kalau baling pap 20.pap bull eye ka xpa jugak.
ni melilau ja dart pon.dah la tu coker kena jadi sesama player jugak.
1st round team aku n yana.coker ni kena otak cepat.aku ngan yana selalu main kalkeleter ja.
hahaha.padan muka kan.pastu yana tolong kira kat hp aku tukang tulis kat board.
seluaq aku kan ketat,xtenteram kot group laki lain nak main.so ada abang sorang tu volunteer nak tolong.hehhehe..selamattttt..cumil jugak abang tu.wewitt.



balik hotel tengok bilik dah kemas.
hotel ni memang automatik ek nak kemas jugak.yang do not disturb tu xdak plak nak gantung kat pintu.
oh ya.hotel ni kan xramai.so aku rasa housekeeping dia mesti bosan kan.
rasa teruja bila ada kerja.
tapi ni katil yana.baju yana dia tauk camtu ja.



baju aku siap bentang gitu.hahahhaha.rasa cam kat bali plak.



malam tu dinner kat parameswara.kak su rekemenkan.aku tengok google pon memang orang kata tempat ni wajib kalau pergi melaka.macam best sangat la.
so kena try.



tengok tempat semua full.sampai kena cupp meja dulu.



seafood semua longgok.pilih pilih.macam kat market pulak.



dah pilih ikan tu timbang pastu order la nak masak apa.
pastu lepas dah siap salinan order kita tu.orang kedai akan bagi kat kita then dia akan cakap 
"tahniah" "take care"
gulp!! hehehehe..mendalam tau maksud tahniah tukang kedai tu.



ikan bakar dah siap.
tapi frust la.sebab ikan dia kosong bakar camtu ja.
kalau makan kat penang ada jugak celek celek cabai ka pa.
ni just amik ikan, siang, bakar.thats all!
mudahnya nak meniaga.

for me-not recommended.



yang sepinggan tu kailan ikan masin.
dekat mana masin pun xtau.kailan ja ada. 9 ringgit.
ikan bakar sekor tu dia bagi air asam 1 piring ciput.dengan cabai kicap tu tiga.
so malam tu makan nasi kicap n ikan.

pastu order sotong celup tepung.rasa macam stok sotong lama.
amzar kata sebab ayaq laut depa lain.laut penang lain.tu rasa seafood xsama.
yaka??ntah la.penang memang syurga makanan.
orang melake! mintak maaf ya.melaka yang best asam pedas ja kot.

total makan RM98.00

aku tengok yana.yana tengok aku.
makan kat kedai tomyam pun puas hati.



sampai terlena makan ikan ngan kicap.



ok la.melaka best sebenarnya.memang aku nak pi lagi.
banyak lagi tempat xcover lawatan.xcukup masa.
cuma makan tu ja sikit xok.yang lain semua ok.












=________________________________________=

senyum dan bersabar dalam menghadapi ujian.
kerana setiap kesulitan disertai kesenangan.
Allah sebut tu dalam surah al-Insyirah.