Thursday 6 June 2013

ISRAK MIKRAJ

subahanallah
alhamdulillah
allahuakbar
salam israk mikraj..
cepat masa berlalu kan
pejam celik pejam celik nak masuk syaaban dah
next is ramadhan
rindunya nak berada dalam ramadhan

manusia ni mudah lupa jadi selalulah kena ingat mengingati
jum kita singkap balik peristiwa israk mikraj


Tepat malam 27 Rejab,
terjadinya suatu perkara penting dalam sejarah islam iaitu Israk Mikraj.


Terjadinya Israk Mikraj selepas 3 perkara yang menyedihkan
 berlaku terhadap Rasullullah SAW:

1.   kematian Siti Khadijah, isteri yang sangat disayangi Baginda.

Siti Khadijah dengan penuh ikhlas dan rela hati menyumbang semua harta miliknya untuk kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah dalam usaha menegakkan risalah Islamiah.

2.   Kematian bapa saudara Nabi, Abu Talib yang begitu rapat dengan hidup Nabi.
Justeru, Abu Talib bersungguh-sungguh dan bermati-matian membela dan melindungi Rasulullah daripada ancaman orang kafir Quraisy.

3.   Menerima dugaan dalam mengembangkan islam 
Baginda Rasulullah berangkat ke Thaif selepas merasa ruang untuk mengembangkan dakwah di Makkah begitu sukar dan berharap penduduk Thaif akan menerimanya. Namun tanpa diduga, bukan sahaja tidak sudi menerima bahkan pelbagai cemuhan dan Baginda dilontarkan dengan batu sehingga muka dan tubuh Baginda luka hingga jatuh pengsan.


Melihat keadaan Rasulullah SAW itu maka Allah memerintahkan Jibril membawa Rasulullah melalui peristiwa Israk Mikraj,
 pendekatan Allah untuk menghiburkan baginda.
 Israk yang membawa maksud ‘berjalan malam’ dan Mikraj pula bermaksud ‘tangga’ .
 Peristiwa menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 menjadi rasul,  kira – kira 18 bulan sebelum Hijrah.


RENTETAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ



a.   sebelum


Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il.
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama *Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

*Buraq, iaitu berasal dari perkataan barq bererti kilat. Sama ada mempunyai sumber yang sahih mahupun tidak, tetapi buraq berasal daripada cahaya bagi membolehkan ia bergerak melebihi kepantasan cahaya. Iaitu 'sekelip mata' pantasnya.




b.   semasa


i.   (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

baca kat blog nie..



ii.  (Naik ke Hadratul Qudus menemui Allah swt) 

Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad s.a.w. diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

 Di langit pertama
baginda berjumpa Nabi Adam a.s., bapa segala manusia.

Di langit kedua
 berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya a.s.

Di langit ketiga
berjumpa dengan Nabi Yusof a.s.

Di langit keempat
berjumpa dengan Nabi Idris a.s.

Di langit kelima
 berjumpa dengan Nabi Harun a.s.


Di langit keenam
berjumpa dengan Nabi Musa a.s.

Di langit ketujuh
berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s.
 Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".


 Di langit kelapan
Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:

 Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah.
Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan.
Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


Di langit kesembilan
 Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha.
 Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


Di langit kesepuluh
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud.

Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya



Allah S.W.T:
 Ya Muhammad.

Rasulullah:
Labbaika.

Allah S.W.T:
Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah:
 Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T :

Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.




Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.



c.   selepas

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

______________________________________________________________
janganlah sia-siakan hidayah yang telah diberikan oleh Allah swt
semoga kita tergolong dalam hamba-hambaNya yang terpilih untuk mendapat hidayah
in shaa Allah











No comments:

Post a Comment

ada nak komen apa2..silakan..