Monday 30 July 2012

mininovela : percintaan ini

Februari 2010
bulan cinta kata orang..tapi sebagai umat islam dilarang bagi menyambutnya kerana hari yang dikatakan hari kekasih ini sebenarnya adalah hari kematian seorang paderi..begitu juga dengan Nadia..seorang gadis biasa yang sederhana imannya tetapi masih berpegang pada apa yang dilarang dan dibenarkan islam. Itupun kerana Nadia tidak punya teman hati..selepas dikecewakan lelaki lima bulan yang lalu..tertutup pintu hatinya untuk bercinta lagi..biarlah masa yang menentukan.

Semakin hari semakin sunyi menyelubungi Nadia.Malam itu nadia bersendirian di rumah kerana keluarganya pergi melawat saudara di Kuala Lumpur. Nadia tidak ikut serta alasan kerja.tetapi hakikatnya kotaraya Kuala Lumpur yang menjanjikan keceriaan pada insan lain meninggalkan kenangan kenangan terindah buatnya..kenangan bahagia yang hanya sementara..

kringggg...kringggg...“hello sayang”Nadia ketawa..suara sahabat baiknya Shasha di hujung talian. “wei jom keluaq.aku boring laa.jom la..muda muda duk umah apa aih” Shasha memujuk. “nak pi mana” balas Nadia. “lepak lepak jom..lama tak lepak ngan hang,satgi aku p ambik ok”. “ok” Nadia membalas tanda setuju.

Jam 9.30 malam, Shasha sampai dirumah Nadia.Tempat utama ditujui karaoke.Sing a song dan please select a song.haha.Menyanyi lima hingga enam lagu sehingga agak agak puas.Mereka menuju ke persinggahan yang seterusnya.Bagi penduduk di semenanjung utara ni memang famous melepak di tepi pantai..especially negeri yang dalam pulau kan..mesti korang dapat mengagak mana negeri yang didiami Nadia dan Shasha ni.

Malam yang tidak berbau.
Nadia dan Shasha mencari port yang agak terbaik.apa yang nak ditakutkan, dua dua perempuan.Kalau zaman sekarang mungkin bahaya.Banyak yang mencontohi kaum Nabi Luth kan. Asyik bersembang tiba tiba datang sekumpulan lelaki duduk di hadapan mereka.Ada la dalam lima enam orang.Nak join perbualan katanya.Nadia yang sememangnya masih membenci lelaki buat endah tak endah.Shasha ada jugak tersenyum dengan gelagat gelagat nakal lelaki tersebut.

Nadia membelek-belek handphonenya yang agak up to date pada zaman itu-sony ericsson.Sesekali dia mengangkat muka melihat telatah lelaki lelaki tadi yang masih setia menunggu untuk berkenalan.Dihujung pandangannya, Nadia perasan ada seseorang yang hanya membatu berdiam diri sambil mengukir senyuman ikhlas buatnya. Manis senyuman itu walaupun dalam hari yang kelam.Nadia merasai getaran itu tetapi mengalihkan semula pandangannya pada skrin telefon bimbit.Ditekan tekan button telefon walaupun sebenarnya tidak tahu apa yang ingin dicari. “hye,assalammualaikum” terdengar suara lelaki di tepi telinga. Nadia menoleh ke kiri.Terpaku melihat lelaki yang dari tadi memerhati dari jauh kini disebelahnya.Nadia menguntumkan senyuman.Adakah hatinya berbunga kembali?terlupakah Nadia pada kekecewaannya?

Hati wanita memang lembut.

Mac 2010
Nadia memilih tudung syria berwarna kelabu untuk digayakan bersama tshirt hitam dan Levisnya.Nadia seorang yang simple. Dia keluar bertemu janji bersama lelaki yang dikenali bulan lalu.Arman namanya.

Tetapi entah mengapa kehadiran Arman pada petang itu membuatkan Nadia kurang tertarik padanya.
Perhubungan Nadia dan Arman semakin renggang.

Februari 2012
Hati Nadia masih merindui insan yang pernah suatu ketika menghancurkan hatinya.Pintu hatinya masih belum terbuka untuk mengenali mana mana lelaki.Arman masih setia menghubungi Nadia walaupun Nadia selalu endah tak endah.Layan tak layan.
5 Februari, umat Islam menyambut Hari Maulidur Rasul dengan meriahnya. Berselawat kepada Nabi Muhammad saw.Mengingati Rasul yang mendadi arah panduan bagi umat Islam mengenali pencipta mereka.Sungguh besar pengorbananmu Rasulullah saw.Allamdulillah Ya Allah kerana mengurniakan kami petunjuk kepada kebenaranMu ini.Memang selayaknya Nabi Muhammad saw digelar kekasih Allah swt.

Hari yang mulia itu Nadia menerima panggilan yang tak dijawab dari nombor yang tak dikenali.Jam menunnjukkan 10 malam.Berfikir dua kali.Nak call balik ke tak nak.Kuat naluri hatinya ingin mendail kembali nombor itu.walaupun kebiasaannya Nadia hanya mengabaikan.
'Ku akan slalu menjadi bintangmu,menerangi siang dan malam mu' caller ringtone dari pemilik missed call tadi.
Hello” kedengaran suara seorang lelaki di talian.Nadia membalas, “Hello,tadi ade call ek.boleh tahu sape nie?”
Lelaki itu ketawa. “ Nie Nadia ke?Arman nie.Sampai hati xsave number I”.

Perbualan itu berlanjutan dengan gelak tawa dan seri yang terpamer pada wajah Nadia.
Nadia bercinta lagi..